Baru2 ni rakyat satu Malaysia dah bengang ngan tindakan kerajaan yg asik skit2 nak naik harga barang. Dah minyak petrol naik, tarif letrik lak naik, bukan skit je amount yg dinaikkan, mana tak bengang rakyat? Tu yang demonstrasi kat KLCC lama ari tu tak baling batu pun kene masuk ISA. Kene tindakan keras.
Bukannye nak bangkitkan isu politik kat sini, tapi takkan la kerajaan buat benda salah pun rakyat kene patuh? Ni dah kira menyeksa dah ni. So far mana ada orang yang mampu hidup dengan high-cost living kat sini? Yg bekerja boleh tahan la tanggungan diorang tapi camana ngan para siswa-siswi nih? Takkan nak makan pasir je kot? Hatta ada jugak kantin kampus yg mencekik darah, inikan pulak harga minyak dan letrik, kalo dah mahal, takde sapa nak mampu, kan?
Tindakan membantah usul kerajaan ni doesn’t mean that we disobey the govt, tapi nak bagi kesedaran betapa kesiannya rakyat menanggung beban kerajaan. Sendiri punya beban sendiri tanggung laa, apa pulak nak kasi kat rakyat? Nak baling batu? Nak tak? Nak tak? Better don’t. Baling batu lagi la masuk ISA ye tak? Ramai berpendapat bahawa tindakan demonstrasi baling batu ni merupakan keganasan, Islam kan say no to extremism. Mana bole, memang tak bole laa. Sebab baling batu tu bukan nasihat, itu carik pasal!!!
Sedih betul dengan keadaan negara nih, dah la takde freedom of speech, nak kondem kerajaan buat salah pun tak buleh. Macam mana plak salah tu jadik betul? Memang tak buleh nak dibantah, dah la baling batu tak buleh, voice out suruh turun kan harga minyak letrik pon lagi tak buleh. Apa boleh buat, nasib badan. Yang kita kene buat kita “angguk2, geleng2” je laa sampai mati...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment