Thursday, December 21, 2006

Penat siott!!!

Tu ah pasal. Kadang2 rasa macam nak pengsan je buat keje floating structure tuh. Sampai nak patah leher pinggang aku mengangkat projek yang besar gedabak nak buat testing. Orang lain punye okey je, tapi disebabkan kitorang punya yang gila besar dan stabil diorang mula rasa nak tutup kedai. Hahahaha... tapi tak best la Kak Tipah takde sebab gi balik kampung.... Nenek dia meninggal, Al-Fatihah. So malam ni aku decide nak buat drawing orthographic ngan axono... ah perspective la senang! Pastu tambah2 sket jadi clear presentation tu. Tak tido kat bilik pun takpe. Tapi buat drawing kat bilik pun okey gak. Cuma sempit je tak macam kat studio. Tapi apa2 pun, kene buat jugak sebab besok pagi dah kene present board, pastu lepas Solat Jumaat dah kene gerak dah. Sampai2 tu je dah makan2... bestnyee..!!!!

Friday, December 15, 2006

Besday aku, Projek presentation dan lecturer yg jahat macam hantu


Baru semalam je dah masuk ulang tahun kewujudan aku di bumi Allah ini yang ke-20 tahun. Makna nya... aku dah jadik dewasa!!!! Tapi belum gak lagik bersedia nak memasuki alam dewasa ni. Boyfriend pun belum ada lagik jugek! Apa benda laa....!!! Baru sekarang sumorang dah tau besday aku bile... hahahaha saja je aku nak merahsiakan, lagi pun aku hampir2 lupa tarikh besday sendiri..... HAHAHAHAHAHA.... gile, gile!!!


Patutnye aku balik petang nih, rupa2nya disebabkan sumorang kat studio buat mock-up testing cam hampeh, kitorang kene buat balik sebab mock-up hancoss.... apakebenda la Bro. MoMOK nih...!!! Dah takleh balik nak sambut besday, Momok ni suke hancur plan aku!!! Ciss!!!! Tak best la camnih, gilos haposs!??


Dah la tak dapat gi Langkawi ikut Famili gi Gathering, cipot tul, ni sume Momok tu punye pasal, jahat!!! Tensen betul buat design macam2 sukati mak bapak dia je nak kutuk. Tapi takpe.... ni kan learning proses... bile keje besok, kene lak boss yang kejam macam Hitler, sapa tau??

Wednesday, December 06, 2006

Akan ku tunggu.....


Oooohooo... baru aku tau...!! Linkin Park nak buat album masa Mac 2007 la ye... pastu tajuk die pun siap bagik clue lagik tu... T--- AND T-----.... sape boleh agak haa..?? Ntah aku tengok kat mana tah, Mike Shinoda bagi clue... ntah pape la mamat ni main teka-tekuk la pulek!!! Cepat la weii, aku dah tak sabar laa... hapa kebenda la nak tangguh2 nih? Weii!!! aku tak sabo nak denga lagu korang laa.... dah la lagu qwerty aritu dah bunyik dekat2 macam Metallica....!! Linkin Park lebih hangat daripada bese....!!!

Masuk kampus balik la puleeekkk!!!

Baru je puas bercuti dah kene balik kampus pulak sebab Sem 2 dah setat. Al maklum la, cuti kejap je, result pun dah dapat, itu pun kira bagus la tuh. Time ni kene pulak ngan keje yg berat2, ni baru first time hambik credit hour sampai 20 lebih. Adehhh, mampos aku, tapi, ada can la dapat CGPA tinggi... hehehehehehe...!!!! Yang penting study hard, jangan la hard sangat, smart la lagi bagus. Takde la sampai tensen je. Nasib baik boleh regis UNGS, kalo tak, kene short sem pulak. Susah je nak berjalan2 tak boleh. La ni Jumaat nanti nak kene presentation, pastu bila nak gi Langkawi besok nak presentation lagik, tak tau la kat studio ke kat luar, sebab diorang (lecturer) cakap buat kat mana tah, tapi kat luar kampus la. Siol la macam ni, nak balik kang camana, ha???

Hai... kalo dah namanya budak U macam2 jadiknya, nak study betul2 pun Mak Bapak soh balik la, cuti berjalan la, hape la.... gile tensen, kang studi pun jadik tunggang-langgang, dah asik nak kuar berjalan je. Kalo time April cuti tu takpe la jugak.

Wednesday, November 01, 2006

Kalaulah.....

Kalau la aku jadik Supergirl.....

For sure aku bole tolong sume orang dalam kesusahan. Nak lawan orang jahat, takde halnyer. Seko2 hayun sumbat masuk penjara. Menyemak je orang jahat ni, menyusahkan orang je. Nanti takde la kes ragut, rogol, cabul, bunuh, dan tah pape lagi. Orang jahat yang bijak sangat nak lepas tu kasik ikat bagi senang skiet keje aku. Yang degil liat sangat nak taubat aku bubuh dia cukup2 paling koman pun sampai koma setahun. Pastu dunia aman damai je.

Kalau la aku jadik PM....

Aku nak up kan gaji pekeje swasta ngan gomen, bagi diorang idup senang. Masyarakat miskin dan daif pulak bagi neccessities biar cukup setahun, tak cukup pun bagi keje, yang sakit takyah medical fee, ..... tapi nasib baik la Pak Lah pun berpikiran sama ngan aku. Sebab Pak Lah orang rakyat! Ngahahahahaha!

Kalau la aku jadik orang kaya....

Takde la nak berbelanja mewah sangat. Duit banyak kasi kat orang miskin. Labur ke negara susah, negara yang tengah berperang. Bagi banyak sumbangan. Bukan nak tempa nama ye, sebab banyak sangat duit nanti masalah!

Kalau la aku jadik artis....

Pandai2 la aku nak jaga diri. Media merata2 pun cam bodo je, suka sangat nak buat2 citer orang. Kalau boleh aku sound diorang2 ni, tak baik tau fitnah2 orang. Dengan fans pun kene baik, tak nak sombong. Diorang mintak macam2 layan je, tapi ada la batas dia. Kalau diaorang cuba nak rosakkan aku, aku buat tak layan je. tak pun kasi virus kat diorang! Ngahahahaha!!!

Kalau laa.... tak tau la nak cakap apa lagi, lagipun aku bukannya apa2 pun. Nak jadik orang best2 cam kat atas ni cam tak larat la aku. Aku bukannye best pun.

Kalau la aku..... ah, berenti je la kat sini, penat pala otak aku nak fikir apa2 lagi nak ditulis....

Bawang Merah Bawang Putih... (citer indon)

Oh, Damn! Citer ni memang the very the menyakitkan ati! Penjahat dia memang bastard betul! Selalu sangat nak buli si Alya sampai takde semangat. Yang Siska tu memang MUTHA SETAN, sama la macam orang tua dia. Nasib baik la ada Fairy, kalau tak, tak tau la apa jadi dekat Alya tu, buat aku nak bagi tendangan padu maut je kat Siska tu, jahat kejam tahap jahanam betul!!!! Tak pun aku nak bakar satu TV tu, walaupun citer tu cam bullshit je.

Aku mana ada ikut sangat citer ni, tapi efek terbakar tu mmg real. Orang baik cam takleh lawan orang jahat, lembab cam lembu, orang jahat lak kejam dan jahat cam rejim Israel, last2 yg ikut citer bastard ni jadik sakit jiwa sebab dah la Alya tu kene dera, Siska pulak rampas pakwe dia. Kejam kan, muka lawa tapi perangai macam setan. Mati kau!!!!

Nasib baik la aku cuba menjauhkan diri daripada citer bastard ni, kalau tidak ngan aku2 skali masuk Tanjung Rambutan sebab kejahatan Siska dan Mek Rika yang tahap bastard Yahudi. Lagi terbakar masa diorang senyum macam suka sangat tengok orang susah. Setan tul. Basically aku memang takleh tengok orang sedih, kesian, kalau dah kesian sangat tahap melarat tu, boleh masuk wad 12. Orang yang jahat sangat lagi la takleh tengok sebab takut, lagi hodoh daripada setan dan Jin Aprit dan Toyol dan Jenglot.

Aku pernah je baca spoiler citer ni daripada sapa tah yang cakap: Orang tua jahat ngan Siska tu kena curse ke tak silap, tak pun habis citer time Siska kene eksiden pastu mati. Pastu Alya ngan pakwe dia couple balik... ntah la camtu kot. Aku pun malas nak ikut citer busuk ni. Cakap2 je macam ada elemen keIslaman, Alhamdulillah la, Demi Allah la, tapi pakai skirt pendek, apekehal?

Dah la malas nak story pasal citer indon nih, kalau tengok lagi, lagi terbakar sakit jiwa adalah, bukannye lagi seronok. Kalau ikut citer tu setiap episod nanti mesti aku mengamuk pecahkan TV tu, susah la pulak nanti takde TV nak tengok bende penting.

P.S.: Baru je tengok citer bangang ni, pasal Alya pergi nak sambut besday pakwe dia pastu Siska pulak ada kat situ, Si Siska pun apalagi, dah puas Alya tu nak pulih kan ingatan pakwe dia tu, akhirnya stat la plan dia nak jatuhkan maruah Alya. Pastu pakwe dia dah tak suke langsung ngan Alya, Siska punya pasal. Siska tepuk tangan je, suka la tu, sialan betul! Kalau aku jadi Alya, aku mengamuk melepaskan tendangan padu maut kepada Siska ngan mamat yg tak kenang budi tu. MAMPUSSSSS!!!! Rasakan biar landing kat hospital due2 ekor tu. Orang tua tu pun aku nak bagi serangan KaMeHaMeHa bagi dia tenat! NgaHaHaHaHaHaHaHaHaHaHa!!!!!!! Eh, ni apa da citer Bawang ni dah jadik citer Dragon Ball ni??

Thursday, October 26, 2006

Puas tak raya skang?

Skang ni dah masuk raya ketiga. Keje rumah belum nak stat lagik. Habis la.... 31 okt dah masuk balik, 4 nov dah presentation Design Method. Nasib baik la takde exam. Tapi yg aku risau satu je, member aku yg satu group tu dah balik Sabah, camana nih?? Dah la dia in charge, cam susah la pulak.

Okeh, back to the point, Raya skang ni tak sebest raya tahun2 lepas. Rasa cam hari2 bese pulak. Takde feel raya langsung. Duit raya dapat la gak. Makan pun penuh gak. Tak memasal naik badan aku, buat penat je bela pinggang kecik time posa. Tak tau pulak camna nak kecikkan balik pinggang aku pasnih. Bese tiap2 tahun balik kampung, tapi skang tak. Kene dok umah, tak pun pegi open house sedara mara.

Wednesday, October 18, 2006

Raya dah nak dekat....!!!!!

Dah nak masuk seminggu dah sebelum raya. Skang ni tengah internal portfolio. Besok lak external. Pastu balik!!!!

Tak sabar betul nak tunggu raya, dah nak dekat dah ni, mesti balik-balik je dah mula anyam ketupat, masak rendang, kemas umah, bla bla bla bla banyak gile keje nak kene buat selepas penat berhempas pulas buat keje studio.Tapi best jugak la kan sebab nanti ada feeling nak raya. Tak sabar lak nak tunggu lagu takbir berkumandang masa last2 skali nak posa. Esoknye pulak mandi raya, mintak maap kat mama ngan papa....(terasa feeling sad pulak pasal kite kan banyak buat salah kat mak bapak kite....).

Tak sabar la pulak nak merasa rendang, ketupat, lemang, kuih raya, dan macam2 lagi, pastu lak dapat duit raya! Ye la, duit PTPTN skiet je dapat, duit tambahan, dapat kat duit raya la. Duit raya ni buat saving untuk barang2 keje pulak. Hehehehe.... takde la asik mengharapkan duit gomen je kan? Gomen tu pun kedekut gak!

Tapi satu je yang kali ni punye raya tak macam raya2 yang lepas, family aku tak balik kampung! Waaaa! Talak best la camni! Tapi at least balik gak la 'kampung' aku! Dah sekian lama tak balik pasal projek membukit nih...! Masa free balik la kampung!!!

Thursday, October 05, 2006

Aku ingat nak buat blog kartun plak!

Tah la, asik sebuk je manjang, takde time nak buat katun. Buat katun pon ikut mood je. Kadang2 dalam kelas aku buat sebab kelas teramatla boring gile sampai naik fed up. Katun aku dah bertimbun dah kat dalam bilik, baik bilik kat mahallah (asrama) maupon kat umah. Tu belum masuk lagi yang aku scan render pakai photoshop tuh. Tak tau lak nak tayang kat mana, aku ingat nak buat blog la.... khas untuk tayang aku nye lukisan katun jek. Hehehehe....! Dah syok sendiri la pulak!!!

Time aku puasa kekecik dulu


Time aku pose time aku kecik? Semorang ada pengalaman sendiri, tapi aku tak berapa ingat sangat. Cam dah lupe pon ada. Jap jap, nanti aku pikir balik....

Masa aku kecik sangat time tadika aku memang la tak posa. Mana reti posa tu apa, kan. Tapi apa yang best sangat time nak dekat gelap aka Maghrib tu sume satu famili aku kumpul kat meja makan, Mama pon panggil aku join skalik tapi aku masih tak paham ngape diorang sume makan hanya pada time matahari turun (masa tu aku mana la tau Maghrib tu apa). Atuk slalu sangat berbuka ngan susu, aku pon cilok la skiet susu daripada Atuk, Atuk buat2 tak tau jer.... hehehe! Pastu bile aku dah besar skit aku pon belajar2 posa ni, tak penuh 30 pon jadi laa... time demam je aku ponteng. Tu pon mesti demam betul2.

Kecik2 ni bese la tau paham2 lagi ngan posa, kadang2 fed up la bile bulan posa dah datang, tak bole makan, minum time siang. Lagi tensen time skola, dah la panas, membe2 sume tayang makan depan aku, apa lagi, aku pon tergoda la. Fed up punya pasal tiba2 dah give up posa. Alah, kecik lagi, belum masuk baligh, takpe la kan.

Bile dah masuk 9-10 tahun camtu baru la aku belajar posa penuh. Rasa cam fed up dan tensen tu kene tahan gak selain tahan makan minum di siang ari. Walaupun aku memang fed up gila time Ramadan..... "apasal kene posa, hah? Hah? Apasal hah?".... tapi posa penuh gak. Tapi penuhkan posa tu dengan tido, siang dah takleh buat apa2 dah, bila tinggal sejam je nak berbuka terus bangun dengan bersemangatnye...! Ye la kan, time posa cuti skolah, apa benda lagi nak dibuat? Bosan siottt!!!

Macam ni lah aku masa posa kecik2 dulu. Banyak sangat ragam. Sekarang ni baru la aku sedar posa ni banyak kelebihan dia. Apa guna fed up bila bulan posa datang? Setan ye la fed up, dah la kene ikat. Apa jadi kalau bulan posa ni yang terakhir buat aku? Saspen....saspen.....!!!

Hmmm....

Skang ni dah masuk seminggu lebih aku berposa tanpa henti. Ada gak aku nak tanya diri sendiri ni, best ke posa nih? Best ke siang2 tak makan, tak minum? Siang dah penat, malam terawih pulak? Hmmm.....

Memang banyak dugaan time ramadan kali nih. Sem ni abis lepas raya. Time ni sebok lak dengan final project. Memang busy abis sampai terkulai satu badan, nak balik bilik dah la kat penthouse, nak kene naik tangga lagi, pancit habis la jawabnya. kadang sembahyang terawih pun termiss sebab lepas maghrib tido. Penat siott! Lagi kaw punye haru exam lepas raya!!! Adeh...., takleh nak raya sakan la pulak, nasib baik revision period panjang skiet sem nih. Kalo tak, beraya la dengan ketas2 exam yang susah gile.... kene study lagi tu, mana tak tensen!

Tensen, tensen, dah la kene siapkan dua project skali gus, projek yg subjek lain2 tu belum kira lagi! Banyak wo!!! Kalo bulan tak posa tu lain cite la... ini kan Ramadan pulak.... tapi kira best la jugak buat keje busy2 kat studio, sambil2 tu bleh berbuke ngan member2 kat studio tu. Tapi yg tak bestnyer balik2 bilik je dah penat pastu terbungkang atas katil tak memasal terawih tak buat sebab bangun2 je dah pukul 3 pagi lebih.... sembahyang Isyak je laa....tu pon kalo dah sembahyang Maghrib, kalo tak?

Tak sabar aku nak tunggu raya...tapi tak syok la tak balik kampung Papa raya nih. Bosan siot dok umah je, takde feel raya la camni, duit raya pun sikit....waaaaa!!!! Tak tau la pulak kuih raya camna, nak buat ke order. Nasib baik baju raya aku yang Mama buatkan dah nak dekat siap (dah seminggu tak balik dah siap dah kot). Gotong royong umah aku tak tau lak aku leh join ke tak, ni sume projek nye pasal la ni, tak pun portfolio day karang....seminggu tu nak dekat raya!

Apa2 je la.... selamat berpuasa!

Tuesday, September 26, 2006

Ahlan wa Sahlan ya Ramadan al Mubarak!


Hehehe....Ramadan datang lagik. Bulan keberkatan... kaf ba ro kaf ta alip nun (ikut mak Adip dalam cite Dunie Baru tu). Bulan yang penuh keimanan dan ketaqwaan. Bulan yang penuh.... penuh apa lagi yek.... ha, nak bubur lambok! Nak murtabak! Nak....nak.....alamak rambang mata la pulak nak pilih apa untuk bukak pose nih! Jangan membazir lak sudah la.

Cakap pasal bulan pose ni, bukan takat makan minum je kene tahan siang ari, kita pun takleh nak ngumpat, isap rokok, dengar benda tak elok, benda cabul, tengok ehem2 dan banyakkan tido. Tapi kena la rajin baca Quran, buat tahajjud, terawih, qiamullail, sedekah, dan macam2 ibadat lain yang boleh kite buat.

Bulan pose ni memang la lapar, dahaga dan penat, tapi ada gak fadhilat2 die. Ada skali aku dengar, ibadat yg dikerjakan dalam bulan pose pahalanye berganda2 berbanding bulan2 lain. Ha, tu la yg semorang dok sebok nak penuhkan masjid, bagus, bagus.

Dah la, aku pon dah blur nak tulis apa lagik, lagipun bulan pose ni tak digalakkan buat keje sesia camni, cuma cakap takde isi. Wa chow dulu! Peace!!

Wednesday, September 20, 2006

Dukacitanyeee....trip kensel la pulak!!!!

Pagi tadi patutnye ada trip la ke Shah Alam, Tapi bas ni buat hal la pulak.....hampeh betul, nyampah aku! Buat penat je aku bangun awal2, tengok2 trip kensel. Adeh, dah la malam tadi bertungkus-lumus siapkan keje kaligrapi aku tu sbab kene antar ari ni, tengok2 ramai yang belum siap. Apekehalnye ni... cakap tak supe bikin. Takde keje skang, nah, gi lepak kat comp lab lak. Senang ati aku.

Tuesday, September 19, 2006

Ya Allah.....bengangnye akuuuu...!!!

Banyak betul masalah kat lam dunie ni. Pasal gula, pasal roti High-5, pasal jenglot, pasal maksiat, pasal macam2 lagi la. Kat sanun plak pasal pope buat kenyataan hampeh, pasal Yahudi dok ganyang negara Islam, banyak la lagi masalah yang buat aku penin kepala. Tu belum masuk lagi yg kat sini, kat kampus, Pilihanraya Kampus laa, penswastaan mahallah (aaa...tiidaaaaaakkkk....abis duit aku!!!! SIOTTT!!!), ape lagi ekk......hmmm.....ntah la, banyak sangat sampai otak aku dah jadik blank.

Ha, bulan pose dah nak dekat lak. Mesti meriah ramadan taun ni. Hehehehe!!

Thursday, September 14, 2006

Projek yang banyak, atuk masuk sepital, kepala yg pening dan sewaktu dengannya

Aku hari ni tak tau nak kata apa la, dah la projek banyak dari keje studio sampai la keje kaligrafi. Tu tak masuk lagi underground projek aku. Dah macam takde rest lak. Nasib baik la batuk aku dak takde dah, dulu tu teruk la jugak, dua kali kene, time aku tengah buat video wau (jangkit drpd Pijol) dan kene time break (jangkit drpd Mama). Skang ni keje studio berat woo....!!! Dua projek dalam satu sesi!!! Gile hapa! Penat la aku camni! Proposal kang mesti buat gempak2 gile (sebenarnya 4 first proposals tu dah ok, cuma satu je problem die, handle lid die bentuk katak!!!!) Tak sangka conservation ni susah bangat, tak macam conservation yang aku fikirkan - buat keje kat lab, korek sana, tampak sini, pastu buat report pasal artifak tu.

Pasal hari ni, Atuk masuk sepital la plak. Tak jadi balik sebab Papa nak gi klinik, kene dok umah Atuk, ada Aliah lagi, kucing kecik due ekor lagi....nasib baik la tak balik kalo tak sakit kepala aku. Tak siap keje projek aku kang.

Tak puas rasanya kalo takat lepak kat studio buat keje atau meraban dalam blogspot aku ni. Baik balik bilik tidooooooo......!!!

Tuesday, August 29, 2006

Pasal Linkin Park lagi....

La ni diorang dah bagitau lak diorang nak kuar album baru bile dah masuk 2007 nanti. Adehhh, kene tunggu lagii....! Apa la Linkin Park ni, penat aku tunggu, korang lambat ke, tido ka, sebok ka, lantak korang la, janji jangan tangguh lepas awal 2007 sudah.

Dari LPfuse.com...

LP Album going to be released in 2007 Posted by Energy on 18 Aug 2006 10:47 pm

The 3rd LP album has been delayed yet again to the beginning of 2007. This explains the lack of LPTV episodes that are going to pave the way for the new album. The revolution came from the Kevin and Bean show, on Kroq, in an interview with Mike and Anna Shinoda."We were shooting for the end of this year, I think it's gonna be towards the beginning of next year actually. We're just being really careful with what we're doing and were having a type of fun in the studio. It's probably the most fun record that i've ever done; I'm having the most fun on this Linkin Park record that I've ever had in the studio. The Fort Minor record was fun and the Linkin Park records were a lot of fun, but we're just trying out things that... I don't even know what genre to put it in. I don't even know what to call it."This is a massive disapointment for fans, but in the long run it can only mean that more time is being spent in making sure that this album will be great for the fans.

La ni kat LPtimes.com pulak,

Re: the new albumi don't know yet. we're still working on it. we have narrowed it down to about 30-50 songs, and some of those are heavy, some are softer, and some are in between. origianlly, we thought we'd have an album out at the end of this year, but at this point we don't see that happening. we're doing really well, but we just need a little more time.
i don't know how soon...that's why we thought we'd play the new song live, to give you a little insight into how things are going. it will sound familiar, and you will recognize it as LP; but so far it has a different sound that i cannot describe. it sounds like it's older, but not vintage. more organic in some spots, like just yesterday we recorded a song with no samples that is completely raw. other songs are full of samples.
lots of variety at this point--but we don't know which songs will make the final album. this is the most fun i have ever had recording an LP album. it's been great. rick rubin is a great coach--he just keeps us pointed in the right direction, and we push as hard as we can. our music taste (LP and rick) are so eclectic, it's fun to work together.
Re: QWERTY the song known as "qwerty"(sounds like QUIRKY!!!) -- a rough title BTW -- is actually still in progress. we did those lyrics on the plane on the way to japan! i'm not sure if it'll make the album, but we liked the song enough to play it!
Re: Collaborationson the next album - collaborations? we don't really ever do collabos on our proper studio albums, and i think we're going to stick to that for now. we don't have any plans to work with other artists at this point.
Re: Balladsi thought "easier to run" might have been a power ballad. but not that we have any intention of making one--that's just what the song decided to be. but if you mean power ballad like whitesnake / poison / LA guns / boston, then maybe we're not ready for that yet.
Re: Genre of the new albumi just think the styles we're mixing right now are all over the place. we have really been pushing things outside the box. but even like my fort minor album--it's a hip hop album, but a lot of the stuff isn't conventional. the LP album won't sound like FM. but it has it's own unique sound that still sounds like LP--just different.
Re: Losing their fanswas it 3.5 years? it doesn't feel like it...but the xero song (reading my eyes) we played recently in japan is almost 10 years old, so i guess it's just a reminder how time flies...to answer your question i think the fans will be there if they like the music. it doesn't metter how long you're gone, if fans like what they're hearing, they'll be fans. look at green day or metallica.
Re: New Orleans projectthat's just starting. we're going out there september 7-12 (it's just after the one year anniversary of the hurricane)... for those who don't know, go to friendsandhelpers.org and click on the hurricane katrina link i hope you all can help out in some way--if you're in LA, drop stuff off at mr. hahn's shop (SURU on MELROSE) -- you can also shop at target online and buy stuff to be sent directly so go to friendsandhelpers.org and find out more. fort minor, linkin park, music for relief, nine inch nails, DC shoes, ecko, and others are supporting it. it's basically a back-to-school charity to get school supplies to the kids who need them / who were displaced by the hurricane
Re: Solo projectit was fun to do. i had a great time working on different types of music and doing my own thing. it was a nice break. the only disadvantage is that if there are any criticisms, they fall on me individually. but that's okay, i'm proud of the record and when people tell me they like it, that's a great feeling.
Re: Reading My Eyeswe actually just got the idea while we were in rehearsal. once we figured out the first few notes, the whole song came back to us. that was pretty cool, seeing as how we hadn't played it in almost 8 years maybe more? we actually had to download it online to remember how the song started!
Re: His lyricsnothing is fiction. everything is from real life. a lot of it is made of morphed stories that are part chester and part me, because we write together sometimes. since we're both writing from our own experiences, the ideas of the songs tend to blend together in that way. we basically just try to depict the root emotion as accurately as possible. for example: my memory of a fight with someone, and chester's memory of a fight with someone could have very little in common at face value. but the root emotions of maybe not being respected or feeling disappointed -- those are the same
Re: 'Remember The Name' singlewarner bros. is heading the charge on the REMEMBER THE NAME single...we think that it's a nice way to go out on this album--the song has been such a cult hit in the sports world, and people all over have requested it for other things. we're hoping to do a new video for it--the concept for it is really cool, i think. i hope that works out.
Re: His upcoming art galleryi am planning to do my first galley art show (exciting!) -- it will be in LA. i don't know the date yet, but i want to show all the original paintings from the fort minor artwork, plus a handfull of new ones. all the paintings are acrylic / spraypaint / ink on canvas, and range from 24x24" to 36x48" in size. there will be paintings from private collections (mostly from my bandmates) and a bunch that none of you have ever seen. oh yeah, and i'll give more info on that art show when i get it together -- details on fortminor.com and myspace.com/fortminor
Re: Don Gilmore and Rick Rubindon was alot of fun to work with on HT and meteora because he's really silly in the studio, and he makes great, exciting rock records. he has a very distinctive style rick is a legend. he's one of the most respected producers of all time. we can listen to a song one time, and immediately give you five things that you can do to it that will make it better. he knows his way around just about every type of music, and can really get your ideas and momentum going
Re: LPU 6 CDdon't know yet, but we want to make it REALLY good. more info to come, but i hope we can make it one of the best CDs yet.
(ntah hape yang si Mike cakap ni, tak paham aku. Aku pakai paste jer.)

Tah la ngape lambat sangat, dah masuk tige taun lebey dah ni. Aku yang tunggu pon dah naik fed-up. Fans yg lain pon dah naik fed-up. Kang aku ban diorang kang baru tau. Muahahahahahahahaha....!!!!

Monday, August 28, 2006

Merdeka????


Tang nak mai 31 ogos ni mesti dah ramai dok sebok gi gantong bendera. Ada yang satu rumah penuh ngan Jalur Gemilang. Bagus la macam ni, ada gak semangat patriotisme kat rakyat kita. Tapi, kalo kita dah merdeka, betul ke kita dah merdeka?

Cuba tengok kat KL, depa tu sume ada tak cam ikut cara penjajah? Pakai bukak sana sini, Mat Rempit, Bohsia, Homosexual, tunggang arak...budaya kita ke tu? Ntah, aku pon tak paham diorang ni. Sebut2 aje merdeka, tapi perangai mengalahkan orang putih. Apa erti merdeka pada diorang sebenarnya, hah? Merdeka daripada adat2 Melayu yang "mengkongkong" kebebasan jiwa muda? Merdeka daripada undang2 Islam yang ketat? Merdeka yang menjamin keseronokan nafsu semata2?
Ntah la, mungkin ni kot yang diorang nak. Inilah konsep merdeka mereka.

Tapi, kalo ini berterusan, apa gunanya perjuangan nenek-moyang kita membebaskan tanah tumpah darah daripada diambil sepenuhnya oleh penjajah? Apa gunanya perjuangan kita daripada dijadikan hamba di negara sendiri? (Cheyy, ayat patriotik siot!)
Hakikatnya kita masih lagi dijajah. Kenapa merdeka kalau minda dan jiwa dijajah? Oleh pemikiran Barat pulak tu? Sedih la macam ni. Patut la aku tak bersemangat menyambut 31 Ogos ni. Buat penat je pasang bendera. Buat penat je sambut countdown merdeka. Lagipun diorang malam merdeka apa keje? Merempit, Buat Maksiat, Minum arak, Black Metal. Berbaloikah kita menyambut merdeka bersama mereka sedemikian rupa? Think about it.

Cite CT lagii.....kawen ngan Kuda Tua

Hari2 asik2 cite yang bosan kuar, cite CT kawen Datuk Kuda tua. 21 dulu dah akad nikah, la ni nak bersanding atas kuda lak. Kuda tul laa. Dah la Jalan kat KLCC tu jem, so susah la orang nak gi keje ye tak? Hampeh betul, buat kawen sikit punya grand, apakehal la deyy...! Ha, aku ada lagu buat khas untuk Makcik CT ngan Datuk Kuda Tua. Dipersilakann....

Tanggal 28, bulan 8, 2006
CT naik pelamin
dengan Kuda Tua
Ia pasti menjadi sejarah
Tanggal 28, bulan 8, 2006
Selamat pengantin baru, semoga bahgia
Lepas ini jangan cerai pulak

Mari kita seluruh warganegara
Ramai2 tengok CT kawen duda
Kuda Tua!
Dua lapan, bulan lapan, 2006
Hari CT kawen Kuda Tua

Tanggal 28, bulan 8, 2006
Jalan Binjai dah jem
Sebab CT kawen
dengan Kuda Tua yang nak mampos
Tanggal 28, bulan 8, 2006
Hari2 diorang, aku naik muak
Sampai bila cite ni nak abis?

Mari kita seluruh warganegara
Ramai2 tengok CT kawen duda
Kuda Tua!
Dua lapan, bulan lapan, 2006
Hari CT kawen Kuda Tua

CT kawen duda, Kuda Tua.....Kuda Tua!!!

Muahahahahahaha.....! Versi CT kawen duda aku...padan muka Datuk K jadi Kuda Tua Hodoh...!!

Note: Sebenarnya ada versi org lain yg pakai lagu 31 ogos jadi lagu CT kawen Datuk K ni. Jadi aku buat ikut idea aku sendiri. Aku dah naik muak..... buweeeeekkkkk!!!!!

Monday, August 14, 2006

Tepak Sirih.... this project's downright sucks!

Another project coming in, snowballed with terror. Two projects in one duration. 8 weeks. No enjoyment. This sucks. And topic's even suck too.

Tepak sirih. What the hell is it all about? Are there anyone still chewing betel leaves here? No? I don't think the urban people would turn out to be a total 'kambing' to chew leaves as such, but I think there are some who does in the suburbs. Or some rural areas. Honestly, I never chew betel leaves before. How does it taste like, to eat on its own? Or when it is being mixed with kapur, pinang, gambir, so on and so forth?

Nowadays people put tepak sirih on the topmost of a cupboard. On a rack along with ornamental vases and porcelain swans, or itsy-bitsy cottages. Or being put in the forgotten corner aka the grand old cupboard meant only for old stuffs. Do people use it too often? No. Only on wedding ceremonies where we might have it in our homes (my turn! coming soon. maybe later.)

In thios project we have to be, instead to conserve, but to design, I repaet, design an innovation of tepak sirih to make it more.... user-friendly or creative or attractive or whatever. Danm, not another design stuff. Shit.

PC Fair @ KL convention center (the stupid crowd sucks!)

I went to the PC fair last weekend with my family. It was so crowded that I can't see a thing. Nothing really, even the intention to buy the stuff that I want has eventually gone. How could anyone just survive shopping spree in the crowd that is almost, liveless and more fatal than drowning in the sea? No one could. Especially those people who can't travel far, like my dad. I thought it was going to be good, but not. I wanted to buy myself a headphone, but to no avail. Crowds all over and we can't move an inch. Every normal steps that I take becomes smaller. And the most disappointing part is, the exit is further away from what we'd expected. There's not even an alternative exit, not even a shortcut, but just the long path of exhibitions that we had to cross towards the exit. Along with the freaking crowd that almost made me breathless. I was having a total, down right, head-popping migrain that the airless sea of people gave me. That's the worst shopping experience I've ever had. Nothing to see, nothing to window-shop, just the bunch of heads I could see.

And this is the best turn-out my mom has ever made in history. A duel between my mom and that stupid LRT-ticket-counter guy with no brains to talk.

Mum: What the hell you guys taking so long? How many hours do we all have to wait? My husband's (DAD!) sick and he can't take any longer to stay standing in this crowd!

The ticket guy: So? How about those pregnant ladies out there?

Mum: Then, go make some alternatives!

The ticket guy: What kind of bloody alternative do you want? Can't you see there are 6 counters here? (Me: You stupid guy! There are only 1 counter in this station and the other five is the vending machines! And that one is crowded, too, you fucking idiot!)

Mum: WHY should I think about it for you?! What kind of service is this? If you treat us this way, I will go report it to the authority!!!

The ticket guy:............................

Thanks mum, you're the man!!! My lil bro waited for the ticket among the exhausting crowd and at the end of the ticket purchase, he is not allowed to use the disabled entrance (or should I call it the shortcut for the crowd escape). He is told to go to the usual place to go out. I'm am so furious of this, WHY DID THE COUNTER GUY TOLD HIM TO SWIM IN THE CROWD? MAU DIA MATI KAA? YOU FUCKING IDIOT! TAK PEGI SEKOLAH KE?

Crowded fair, disrespectful LRT workers, and we're getting late for asar. That's the least I can recall for my visit to the fair. Lucky for me there will be another - in KAED!!!!

Tuesday, August 08, 2006

Uhuk, uhuk.....tak sehat, cikgu...!

Sejak dua menjak ni aku terbatuk2, ehuk!ehuk! teruk lak tu, ada kahak lagi. Ehuk!Ehuk! Tu pasal la sebab ada jerebu. KL gile baban teruk wehh sampai tak nampak apa-apa. Ehuk! ehuk! IPU terus meningkat menjejaskan kesihatan org ramai.

Ni dah macam tahun lepas la ni, time yg sama jugak turun jerebu. Tak tau la macam mana, apa nak buat kan?

Friday, August 04, 2006

Project#1: dah habiess???

Umm.... cam penat je, belanja punya la besar, loan masuk skit je. Cet, kedekotnye PTPTN nih! Nasib baik site visit dekat je tapi tol banyak.

Ni yang aku nak cite pasal tol ni....

Bodoh nyer Samy Velu! Dah banyak dah sangat tol kat jalan sini2. Jalan skit, tol. Jalan skit, tol. Bukan nye sikit, slalu kene RM1 lebih. Tak tau la apasal la Sami Velu ni mengada-ngada sangat nak buat tol? Sini tol, sana tol, mana tak pokai duit rakyat? Lagi parah minyak lak naik, kalau tol naik gak, alamak makan rumput je la. Bukan nye semorang kaya2. Ni yang aku naik minyak nih! Ni la kalo dah kerajaan buat perangai kucing kurap. Kerajaan yg tak menyenangkan rakyat. eceeh, dah cam blog pembangkang dah nih!

Monday, July 24, 2006

Sapa nak baca citer katun best angkat tangan...!!!

Best dow citer katun kat website ni. Citer bercelaru, character katun bersatu dalam satu komik! Check this out!

http://ppg.snafu-comics.com/

Bosan

Apa tu bosan? Pernah rasa bosan tak? Bosan ni boleh hilang ke? Macam mana nak cari bosan? Bosan tu... jahat ke baik? Bosan tu best ke?
Aku pun tak tau makna bosan sehingga la aku benar-benar rasa takde benda nak buat ataupun lupa apa lagi tanggungjawab aku yang belum selesai. Otak menjadi kosong bila bosan. Fikiran menjadi kaku, tidak menghasilkan apa-apa idea yang boleh menjana minda untuk melakukan sesuatu. Bosan itu kan selalu ada. Selalu ada apabila segala mesin-mesin janakuasa idea di dalam otakku tiba-tiba ‘jem’ tanpa sebab yang munasabah. Tidak memikirkan apa yang akan dibuat dalam bila-bila masa yang akan datang. Memori kerja yang dimasukkan dalam bekas ‘masuk’ sudah hilang secara misterinya. Akhirnya kena marah sebab tidak melaksanakan apa yang diamanatkan kepadaku sebelum ini. Walaupun aku dah cakap aku nak buat secara sukarela, tetapi dibiarkan begitu lama dan akhirnya terlupa.
Sekarang ini memang aku dah bosan, dan inilah maksud bosan yang sebenarnya sehingga aku menulis karya yang amat membosankan untuk menghilangkan virus ‘Bosan.exe’ yang kian memakan memori-memori di dalam hardware otakku bait demi bait. Patutlah semakin hari semakin bengong disebabkan serangan virus misteri ini, dan proses menjana minda menjadi agak lambat dan lembab. Kadang kala terkeluar idea-idea yang bersifat ‘adware’ dan ‘spam’, itulah hal-hal remeh dan negatif yang menghalang aku daripada berfikiran positif, aktif dan kreatif, juga menjejaskan prestasi dan gred purata.
Dan perihal bosan ini menyebabkan aku ‘hibernate’ tak ikut masa, kadang kala ‘turn off’ terus. Walau bagaimanapun, aku akan cepat cergas apabila dikejutkan oleh orang lain lalu memberikanku ‘back-up’ memori yang mengandungi bahan-bahan terpadam tadi. Makanan juga merupakan ‘anti-virus’ untuk bosan. Melincirkan mesin-mesin janakuasa idea sekali gus menghapuskan virus bosan dalam setiap nanosaat. Dan ketika itulah meter keletihan hilang secara optimumnya dan diriku mula membuat kerja dengan sesuka hati. Baiklah, aku dah ingat balik apa yang aku kena buat tadi, jadi lebih baik aku hentikan karya ‘bosan’ yang agak terbelit-belit ini di sini sahaja.

Thursday, July 20, 2006

Lagi Cite Hantu, Ntah betul ntah tidak

Baru pagi tadi aku digemparkan dengan berita hangat original dari UIA - Ada sorang foreign student tu dia commit suicide jatuh dari tangga tingkat lapan kat menara Masjid SHAS. Aku pun... eh, biar betik? Pastu berita ni tersebar satu UIA sampai Ustad time Tilawah tadi cakap pasal tu, siap bleh bangun balik tuu!! Ish! Seram siott! Tapi tak mungkin pulak orang terjun tempat tinggi gile tu bole bangun balik pulak. Tak logik la.

Lagipon hantu mana wujud, wujud kat mulut je. Jin ada la. Sebenarnya kepercayaan roh org mati datang balik tu bertentangan dengan agama, mana ada org yang dah pergi alam kubo datang balik ke dunia? Tu la korang, percaya lagi kat tipu daya setan. Hantu2 tu sume jelmaan Al-Jinn selaku tentera Iblis untuk menyesatkan umat manusia. 'Diorang' ni saja je, dalam masjid pon 'diorang' boleh buat kacau.

Orang kita ni pon satu, fanatik sangat ngan benda2 karut camni. Benda ghaib tu jangan la diperbesar2kan, fokus la apa yang lagik penting, cam sembahyang ke, zakat ke, hukum-hakam Islam ke... baru la negara kita maju. Ooohh, patutla orang kita ni tak maju sampai bila2 pun, asyik dok sibuk pasal hal ni je, superstitious je. Islam Hadari ada ke soh orang percaya benda2 meraban cam tu? Ada tak? Ada tak?

Muzium Antu kat Shah Alam?

Last time aku pergi kat Muzium Negara yang ada pameran segala macam antu kat situ, kat Matrik dulu pon kelab aku ada buat pameran yang camni jugak (aku tak dapat join diorang tu hari, aku balik umah...), la ni kat Muzium Shah Alam pulak, lagi seram, detailed dan mistik. Sebab ada artifak mistik yang "idop" (depa amik suma makhluk tu daripada Muzium Nur A'la, tak tau la betul tak aku eja ni, dah kene awet sume pun cam ada tenaga lagik.).

Macam2 ada kat situ, tapi aku baca kat paper laa, teringin jugak nak pergi kat situ, ajak Papa tapi Papa tak nak pergi sebab dia sendiri pun takut! Hahahahahahaha!!!! Memang nak sangat tengok apa yang ada kat sana. Just wanted to feel the experience. Hehehehe...berani kerr?? Kalo ramai orang nak takut apanye? Ada toyol betul, ada jenglot betul, ada ikan duyung betul, ada pocong betul, ada anak kerak betul, ada nyi belorong betul, jin betul dalam botol pun adaa gak! Semuanya betul, tarak tipu2 punyaa haa!!!

Ada kes yang ada org yg pergi kat situ pastu dua ari demam2. At the second thought tu batal niat nak pergi sebab mungkin ada 'pengacau' kat dalam tu yang buat kacau2 kat kita. Sebabnya makhluk2 yang dah kene awet tu masih 'idup'!! Fizikal je mati, tapi kat dalam tu ada soul hidop lagik. Theory nyer, hantu2 tu kan dicipta daripada api, dan kalau diikat dek bomoh nampak macam ikan kering je rupa, tapi kat dalam masih ada tenaga. Yang ada tenaga tu, yang tu la 'diorang' yang sebenar, tengah terkapai2 nak lepaskan diri. Baru kelas tilawah tadi Ustad cakap satu2nye org yg boleh tangkap jin ialah Nabi Sulaiman. Baginda je la yang boleh memerintah jin, soh diorang buat apa, kalo tak dengar cakap kena jail. Tapi kalau kita pasungkan kat dalam botol ke, dalam jar Nescafe ke, silap2 jin tu lari keluar macam penagih dadah lari kuar pusat serenti.
So, kenyataan "Manusia lebih tinggi darjatnya jadi ia mampu mengawal jin" tu tarak betul la. Lantak aku la nak pergi ke tak nak...ikut suka laaa...!!!!

Projek Studio #1: Buat video pendek pasal kraftangan Malaysia

Dah mai dah.... buat video pulak, group aku buat pasal wau. Buat research findings, storyboard dan ntah hapa2 lagik. Aku tang ni tengah blur dalam proses membuat storyboard ni, tak tau la yang mana nak start dulu. Shooting pon tak tau bila nak pegi, ntah la, semorang back at home dah bising soh aku balik weekend ni. Ntah2 shooting ni weekend ni buat kot, tak tau pulak kat mana, Pijol ni cam blur je bila nak pegi, baik pergi awal2, tempat tu kasi confirm la awal2 gak! Poning pala aku semorang cam tak sepakat, ni macam punya group work macam mana nak buat betul2? Adeeeehhhh....

Pasal kraftangan Malaysia pulak. Baru aku perasan zaman sekarang ni orang macam tak pernah dengar nama2 pelik kraftangan yang bukan mainstream punya. Yang mainstream tu pun berapa sangat yang buat? Yang boleh jumpa kat utara sana nuu. Tu je yang tinggal. Yang lain tak sambung buat letak kat muzium je. Orang zaman sekarang ni mana minat nak buat kraftangan yang leceh ni kan, ye la, inikan zaman pantas. Zaman ekspres. Tau la zaman ekspres, tapi kraftangan tu identiti Malaysia gak, kalo pupus nanti kang orang lain tak tau batik tu apa. songket tu apa, seni ukir tradisional tu apa. Wau tu apa. Dan apa2 lagi la. Kang nanti bila dah ada anak cucu besok mesti diorang nak tau benda2 tu sume apa. Dah takde benda tu sume nanti apa diorang nak tengok?

Aku rasa la kan, ni memang kerja murni yang kitorang akan buat demi generasi akan datang. Takkan biarkan warisan Melayu dimamah zaman!!! Sebenarnya inilah yang memperkukuhkan identiti bangsa kita sejak turun-temurun. Thanks to the lecturers for giving out this valuable assignment, FOR THE SAKE OF PRESERVING OUR NATION'S HERITAGE AND IDENTITY!!!!

Mawi - Ina = ??? vs Siti + Datuk K = ???



Berita yg paling sibuk skali diperkatakan oleh org ramai seMalaysia.... iaitu:

Mawi - Ina = ???

Siti + Datuk K = ???

Theorem punca pemutusan tunang antara Mawi ngan Ina:

1. Mawi gile sibuk ngan dunia hiburan sampai sanggup putus silaturrahim.
2. Mawi bagi alasan Ina gile glamer sejak Mawi jadik artis terpopular Malaysia.
3. Mawi tertekan berikutan kematian arwah ayahnye.
4.Mawi semakin lupa diri yang dia datang dari status masyarakat yang agak low-life.
5.Memang gaya hidup artis pun, putus tunang, cerai sume buat main2, so Mawi pun terikut sama.

Tak sangka pulak ye, Mawi yg alim, baiekkk je tetiba tukar jadi lelaki yang paling khianat skali dalam dunia sebab mungkir janji. Dulu sebelum masuk AF punya sayang kat si Ina tu, kata tak nak berpisah la, nak kawin nanti janji macam2 laa, ni sekarang, bila dah jadi feymes baru la nak mintak putus tunang, ikut tepon tuu... tah pape laa Mawik nih. Pastu nak mintak pulangkan foto2 time dia bertunang daripada Ina. Psycho betul laa. Dah la, bukannye minat sangat ngan Botak ni, cam taik je perangai.

Theorem kenapa Siti kawin ngan Datuk K(halid Mohd Jiwang, oops, Jiwa):

1.Orang tua slalu minat kat Siti...kan, kan?
2.Datuk K nih kayaaaa, Datuk lagik tuh! Sapa tak nak, kan?
3.Spoiler (ntah betul ntah tidak): Sebenarnya Datuk K ni pakcik kepada Fazley, dan yg nak kawin tu bukannya Datuk K, tapi Fazley! Datuk K ni wakil jerr. So, bila Siti naik pelamin sok ada la surprise yang dok seblah Siti tu bukannya org tua tu!
4.Teori aku sendiri: Siti ni saja je nak kawin ngan org tua tu sebab dia pun dah tak idup lama, bila org tua tu mati esok, baru dia carik lain yg fresh punye... ek ellehh saja jerr!

Pelik la, apasal Siti yang lawa ni boleh jatuh longkang, oops, cinta ngan orang tua yang dah kerepot nih? Cam tak logik je, tak terfikir ke yang Datuk tua tu dah tak idop lama? Menduda plak tu! Lagi satu, punya la grand diaorang punya majlis perkahwinan, buat kat KLCC, gaun plak Michael Ong yang design, GAUN TUUU....!!! Siap stail Cinderella lagi. Blanja bukannya sikit, beribu-riban dowh. Boleh bangkrap tokeh kedai runcit super. Apa2 pun aku doakan hubungan Siti ngan Datuk tua tu akan berkekalan sampai la Datuk K tu mampus...hehehehehehe...!!!!

Friday, July 14, 2006

Thanks Afiq!!!


Trimas sebab ko dah kasik solution kat aku yang terkapai2 nak post-kan picture kat dalam blog aku. Rupa2nya komputer yg kat ujung dunia comp lab tu yang boleh masuk gambar ek, hmmm.... Alahai, bengong nye aku, apasal la aku tak explore awal2, atau pun comp lab ni jahat skit kot...

Here come the studio days!!


To be so honest, I have no fullest of my energy to come to the classes. I feel like there's always home by my side (kalo ada pintu Doraemon kan best!!!). Barang banyak belum bawak kat mahallah, the worst thing is, my room is at the penthouse!!! Gile penat dohhh!!! Kalau ada lif tu takpe la, ni terpaksa naik tangga sampai 'langit ke-7'. Roomates pulak macam tak ngam je, tak berapa kamcing la ngan diorang ni. I miss Marna and Farhana (roomates aku time kat matrik)!!

Studio plak ada muka2 baru (junior la kan, tapi bukan junior je, lecturer baru pun ada!). Weekend ni ada taaruf pulak. Dah last week tak boleh balik sebab jadik commitee time Kem Motivasi RotiBasi tu, la ni pun tak leh nak balik jugak sebab ni la, ngan keje shooting pasal Wau kat Melaka (tak tau la). Nasib baik dapat balik petang semalam. Kalo tidak, habis la aku tak cukup baju, kene recycle pulak, lepas pakai, terus basuh.

Alhamdulillah, this time around cafe kat mahallah Asiah dah bukak! Tak payah la aku pegi jauh2 nak carik makan. Nasib baik dah bukak, kalo tak jenuh aku jalan jauh2 pastu naik tangga, dah la bilik kat atas awan.

Saturday, July 08, 2006

Days of the Motivational Camp

Remember the days when we have all the torture by the facis and the commitees? Ever wondered what if we are the guys behind the camp? Well, that's where I am now. My mahallah organizes this one camp for the SMK Gombak Setia Form 4 kids, and I along with the other girls asigned to work this thing out. Aku jadik commitee laa, jadik comm bawah prep and tech. Tapi skit je la keje aku. Takde apa sangat la, just to take care of the bloody mic and that multimedia system. Puas jugak la aku buat keje ni. Makan pon free. Tapi tido kat masjid je la sebab all the activities are in the mosque (and in LT1 adm). Tapi jadik comm ni free skit la, takkan asik kat masjid je ye tak? Lagi pun aku punya handphone cam sial sekarang ni, asik nak kong je bateri dia nih!

Friday, July 07, 2006

Apasal henpon MMS je yg ada servis bagus? Ini tidak adil!

Sejak akhir2 ni aku tengok sume perkhidmatan handphone untuk yang ada MMS, yang ada kamera punye. Aku tak setuju la, orang sekarang dah mula mengeksploitasikan handphone yang camnih, tak kira la, sampai nak komen gambar pun kene guna handphone camni jugak. Apa dah jadi dengan handphone yang takde semua ni? Yang hanya boleh SMS ngan buat call je? Takkan takde fungsi kot? Setau aku bukan semua yang pakai handphone yang canggih-manggih ni, macam aku. Tapi kenapa ha, semua syarikat yang berkenaan ngan handphone sume layan handphone MMS cam diorang fikir sume pakai yang camtu?

Selalu sangat bila ada suatu perkhidmatan, handphone tu mesti ada fungsi MMS. Yang paling banyak, khidmat polyphonic ringtones. Apa ingat sume handphone boleh main polyphonic ke? Mengapa menganak-tirikan handphone yang old-school (yang fungsi utama dia cuma SMS ngan call je)? Handphone yang canggih camtu bukan sume orang mampu. Mahal pulak tu, jarang ada ‘tukar lama beli baru’ yang ada diskaun punya sampai tahap mampu. Handphone camni dah over-rated lah, aku pun dah naik bosan dan jeles handphone canggih pulak yang diperlebih-lebihkan. Dah la cepat rosak, skit punya hempas dah gambar kat skrin tu senget. Lagipun jenayah seksual cam skodeng tu, sume dikaitkan dengan handphone canggih yang ada kamera. Yang ada kamera ni pun satu hal, ada yang tak clear la, gamba kecik sangat la, baik guna digital camera. Kadang-kadang takleh pakai sebab lens kene scratch ataupun lens cam tak waras menyebabkan skrin jadi blur.

Pelik betul la dunia ni, nak upgrade sangat cepat-cepat sampai ada jugak yang terkebelakang. Aku ni pun dah la pakai handphone second hand, tak canggih plak tu, kalo canggih boleh MMS tu lain citer la. Nak beli handphone secanggih paling kureng pun M-Mobile tu pun tak mampu, duit yang banyak tu pulak digunakan untuk yang perlu sahaja. Susah betul, tak canggih salah, canggih pun lagilah salah. Nak kata kalau handphone takde lagi masalah. Kiranya handphone zaman sekarang ni adalah satu keperluan sekureng-kurengnya yang ada fungsi MMS. Yang takde tu sori je la, terkebelakang la kita.

I miss Linkin Park!!!!


Lama tak dengar pasal band fave aku ni. The latest aku dengar pasal Mike Shinoda buat side project. Hai...bila la nak dengar lagu diorang balik, bikin jemu je tunggu. Tapi aku ada baca kat internet satu cite pasal album baru diorang, lambat lagi la kot diorang keluarkan. Ni pasal Chester kasi tau la camna keadaan album terbaru tu nanti.

Rolling Stone recently tracked down LP co-frontman Chester Bennington to comment on the new Linkin Park album, from which 50 new songs have already been written, and Chester had this to say;"It's dark and spooky, poppy and very melodic. Not a hard, heavy rock record. What it is, is f*cking insane!"This seems to contradict Chester's previous statement to MTV.com, where he said "I couldn't go into the studio the next day because of all the screaming I did. There will be A LOT of screaming."Just to recap, that's "a lot of screaming", and "poppy and very melodic". Formulate your own explanations, I can't.The album, produced by Rick Rubin, is due out in late summer 06.
Source: Rolling Stone

Cam yang kat atas ni, aku pun tak paham apa yang Chester cakap ni, yang aku dapat tangkap, album ni banyak jerit2. Fuiyyyoooo...! Kalo aku beli album baru Linkin Park sat lagi nih mesti nak pecah telinga aku! Chester, anda yang akan bertanggungjawab atas kesakitan telinga aku ni yek. Nak jugak aku lawan jerit ngan mamat ni. Hahahahahahaha!!!!!

Minah Tudung – Love to hear this.

At first I was curious about this song when the ‘Jiwangers’ recommend it, it is about the Malay ‘tudung’ society where tudung is just nothing but a fashion statement, not a trademark of a total Muslim. They said this song is a Singaporean hit, but it is banned here because of the ‘taboo words’. I think this is a powerful cure for the ‘Minah2 Tudung’ out there.

(Chorus)
Minah2 tudung zaman sekarang ramai cacat otak, bodo!
Pakai tudung tapi pakai pakaian ketat2, bodo!
Ada pula pakai tudung tapi pakai T-shirt pulak, bodo!
Mana ke tidak masyarakat kita dipandang rendah, bodo!

Keluar dengan Mak, pakai tudung.
Pakai sopan, aurat tertutup.
Tapi bila keluar dengan kawan aurat terdedah bagi lelaki tengok,
PERCUMA!
Aku sendiri tengok pon heran,
Mana tak heran? Agama kuat tapi baju ketat
Bukak tudung rambut perang
Perang, perang, konon tu nak tunjuk belang
Tindik sini, tindik sana, bukan di telinga saja
Lidah pun ada!
Muka decent, tetapi perangai nonsence
Ikut sesuka ati dia, tapi tak ikut segi agama.

(Chorus)
Minah2 zaman sekarang ramai cacat otak, bodo!
Pakai tudung tapi pakai pakaian ketat2, bodo!
Ada pula pakai tudung tapi pakai T-shirt pulak, bodo!
Mana ke tidak masyarakat kita dipandang rendah, bodo!

Dengan ibu bapa pakai baju lengan panjang, seluar panjang
Tapi di belakang, lain cerita, macam ‘monster’
Cabut kening, ada tatu di badan dia,
Pakai mekap pakai lipstick punya tebal
Macam momok, macam momok
Masya Allah! Masya Allah! Tak bleh angkat, tak bleh angkat
Tengok dia, tengok dia, goyang p*****, goyang p***** (this is a taboo word, but it means ‘backside’ in Singaporean Malay)
Masuk kelab pakai tudung, pergi tandas buka tudung

Oooo... kemana pergi budaya?
Kemana pergi agama?
Mana pergi Melayu kita?
(Chorus)
Minah2 zaman sekarang ramai cacat otak, bodo!
Pakai tudung tapi pakai pakaian ketat2, bodo!
Ada pula pakai tudung tapi pakai T-shirt pulak, bodo!
Mana ke tidak masyarakat kita dipandang rendah, bodo!

Dengar sini semua, jangan ikut tren masa kita
Kita rosak, kita hancur
Siapa nak jawab bila kita di kubur?
Mak nak jawabkan? Sori skit!
Bapak jawabkan? Sori skit!
Atuk jawabkan? Sori skit!
Berani buat berani tanggung sendiri

(Repeat 2 times)
Fikir baik2, fikir masak2,
Jangan kita menyesal di hari kelak

(Chorus)
Minah2 zaman sekarang ramai cacat otak, bodo!
Pakai tudung tapi pakai pakaian ketat2, bodo!
Ada pula pakai tudung tapi pakai T-shirt pulak, bodo!
Mana ke tidak masyarakat kita dipandang rendah, bodo!

Berubah la kamu sebelum kamu diperubahkan, hahaha...
Ye la Tok, Tok jugak yg pandai kan? Watever la Tok!
Ish, bebudak nih!

I think I could see the truth; some tudung girls all wearing like... eewww, wardrobe dysfunction! Or the most decent act in town would turn out as another club-goer, punk dresser, guy-screwer at the back. Oh, no... I hope I am not in this category, not a wrongly-dressed, plastic-faced, hypocrite with a fake attitude. Not that kind of so-called ‘Stupid Girls’. I don’t really like the crowd neither. Don’t even follow the stupid crowd but trying as hard as I can to follow thoroughly my own religion, Islam. Nothing in this crowd of bullshit is Islamic; they just don’t even know what it means to wear a tudung.

Note: No more tight overalls for me. Just the long dresses, or a baggy hip-hop style, maybe (just kidding!). Maybe I should go for long top-tight jeans or huggy blouse-baggy pants then.

Wednesday, July 05, 2006

Bodoh betul, apasal kat kaed lab takleh post pics kat blog hah?

Pening aku dibuatnya, dicuba itu ini takleh pulak. Try taruk URL lagi tak boleh. Camna nih, aku nak buat citer pun takde gamba boring le camnih!!!! Aiiyyyyaaaa....!!!!!!

Malang Betul Nasib Pompuan Kita Zaman Sekarang

Subjek yg sensitif yg org cam tak endah je. Dah lama berlaku tetapi ramai yg buat dek aje. Ditegur melenting pula. Dibiar rasa serba salah. Itu la gadis2 Melayu, tetapi bukan semua. Perangai liar, tak senonoh, hilang dara, tu hanya yg terlibat dlm kancah kehidupan yg tak sihat saja. Kerna nila setitik, rosak susu sebelanga.

Aku tetiap kali baca Mastika, sering ada kisah2 gadis melayu diperkotak-katikkan maruahnya, kerana wang, kerana dendam, kerana status dan macam2 lagi. Tak paham aku apasal pasal duit pun nak jual badan? Takkan tak sayang maruah kot? Tu la, ikut la lagi mat2 rempit, ikut la lagi mat2 lepak yg takde keje merosakkan anak dara org. Ikut la lagi kawan2 gi clubbing, sampai sangap. Takda otak ke?

Yg kena rogol, skodeng tak pepasal tu,lagi kesian. Org tgh melepas ke, mandi ke, depa mahsyuk je rakam. Pastu jual dlm VCD atau send ikut henfon. Tak pepasal terjatuh maruah diorang. Ni la, suke sgt tengok benda2 tak elok, aku cucuk mata tu kang baru tau, skodeng je keje, kalo ada niat murni takpe la jugak. Kasi video skodeng org buat maksiat tu kat JAIS ke, apa ke, biar padan ngan muke, sapa suruh buat? Pasal rogol tu, girls, hati2 la. Sebab perogol tak kenal mangsa asalkan perempuan, tak kisah la makcik ke, budak tadika ke, diorang main kebas je. Hampeh betul la perogol2 nih, apasal kerajaan tak ambik tindakan keras? Takat penjara ngan denda je tak lut depa ni, banyak cadangan diberikan spt hukum sebat, hukum sula, rejam, kasi dan macam2 lagi. Aku pun geram gak ngan diorang ni, ada isteri, anak, nafsu plak takleh nak kontrol, macam setan! Terbaru ada kes sumbang mahram, Ustad bleh plak buat kat anak sampai ngandung, padahal ada 10 isteri tuu. Ustad ni memang sah aku nak tikam kaw2 punya! Biar dia mampos! Manusia camni mmg tak patut idop dlm dunia ni, konfem neraka!!!! Ustad taik kucing betul laa...!!! #$$$$%%^&...

Hai, sedih betul tengok nasib pompuan melayu zaman sekarang. Skang ni kaum kita hidup dalam ketakutan. Takut ilang nyawa, harga diri, dan maruah! Tu la pasal, kenapa tak ada sesiapa yg memberikan perhatian yg serius!? Kenapa? Kenapa? Gadis kita sering dipermain2 kan. Apa kita ni tak de maruah ke? Lelaki dayus! Korang ingat kitorang ni apa, boleh buat main2 pastu pas2 kat org lain macam kitorang ni apa, hah? Hah?! Setan!!! Hentikan je la nafsu setan korang tu! Kalo tak, korang aku kasikan seko2 sampai korang takde jantan! Tak guna betul! Hampeh! Pelesit! Mampos lu orang!!!! HIARRRGHHH!!!!

What the.... Brazil boleh kalah?


Pelik plak aku. Camna Brazil bleh kalah ngan Perancis? Klakar plak sampai dah nak gila, aku tak percaya siot. Patutnya Brazil yang terer tu bleh sampai final dah tup2 kalah time suku akhir. Bengang je, kekadang bola ni boleh terjadi macam2 di luar jangkaan. Dan lagi satu, takkan asyik bagi Brazil je yg menang? Orang lain pun nak merasa jugak pegang Piala Dunia tu. Tu la, pengajaran daripada kejadian ni, "Hidup ni ibarat bola, takkan asyik nak kat atas je, ye tak?"

Monday, June 19, 2006

my dreams...


I wanna be -

- a rock star
- a guitarist
- a graffitti artist
- a bodyguard
- a DJ
- a culinary chef in a Hilton
- a composer
- an experimental hairstylist
- an independent cartoonist
- an indie graphic artist
- an ambassador for Adidas products
- a love doctor
- a community server
- a PM

What do I wanna do?

- to make the world a better place
- to spread love and tolerance to each other
- to demolish animosity
- to set some trends
- to fight for human rights
- to change myself whenever I can so I can change the rest
- to set the innocent prisoners free
- to fight against all my odds so I can face the challenges
- to find peace of my mind before I could give peace to everyone in this world

What do I really want in this life???

- gaps of ethnics and status are narrowed
- no crime
- no stereotypes
- no misunderstanding
- I wish with my limited talent I could make the world a better place for everyone, and with a single, simple thing that I afford to do could unite all nations together.

I am boring, and insecure.... and I still need help, so I can help others.

Thursday, June 15, 2006

Nak Bantah, Jangan baling batu! Baik jangan bantah jee…

Baru2 ni rakyat satu Malaysia dah bengang ngan tindakan kerajaan yg asik skit2 nak naik harga barang. Dah minyak petrol naik, tarif letrik lak naik, bukan skit je amount yg dinaikkan, mana tak bengang rakyat? Tu yang demonstrasi kat KLCC lama ari tu tak baling batu pun kene masuk ISA. Kene tindakan keras.

Bukannye nak bangkitkan isu politik kat sini, tapi takkan la kerajaan buat benda salah pun rakyat kene patuh? Ni dah kira menyeksa dah ni. So far mana ada orang yang mampu hidup dengan high-cost living kat sini? Yg bekerja boleh tahan la tanggungan diorang tapi camana ngan para siswa-siswi nih? Takkan nak makan pasir je kot? Hatta ada jugak kantin kampus yg mencekik darah, inikan pulak harga minyak dan letrik, kalo dah mahal, takde sapa nak mampu, kan?

Tindakan membantah usul kerajaan ni doesn’t mean that we disobey the govt, tapi nak bagi kesedaran betapa kesiannya rakyat menanggung beban kerajaan. Sendiri punya beban sendiri tanggung laa, apa pulak nak kasi kat rakyat? Nak baling batu? Nak tak? Nak tak? Better don’t. Baling batu lagi la masuk ISA ye tak? Ramai berpendapat bahawa tindakan demonstrasi baling batu ni merupakan keganasan, Islam kan say no to extremism. Mana bole, memang tak bole laa. Sebab baling batu tu bukan nasihat, itu carik pasal!!!

Sedih betul dengan keadaan negara nih, dah la takde freedom of speech, nak kondem kerajaan buat salah pun tak buleh. Macam mana plak salah tu jadik betul? Memang tak buleh nak dibantah, dah la baling batu tak buleh, voice out suruh turun kan harga minyak letrik pon lagi tak buleh. Apa boleh buat, nasib badan. Yang kita kene buat kita “angguk2, geleng2” je laa sampai mati...

Asik2 Realiti TV!!! Aku dah BOSAN!!!!

Dulu2 time aku layan TV cam bese mana ada segala mak nenek program yg mcm real punya pertandingan menyanyi laa, memasak laa, ntah apa2 laa, main kuiz2 ada laa, tak de la sampai nak buat live show apa dorang buat ke, perform ke…

Ni skarang, sejak wujudnya Akademi Fantasia nih, banyak la pulak realiti TV yg menyelit, bukannye tang nyanyi je, suma nak ikut yg cam kat sana tu. Sumanya ala2 kat Hollywood, nak tiru diorang la tu, apa best sangat ke diorang tu? Dah la perangai nak dekat sama cam setan, kat sini pon tergamak nak ikot cakap setan. Selain dari nyanyi je apa dia reality TV yg lain? Mesti la ada, antaranya:

Program ala2 survivor/ amazing race/ tah hapa2 lagi...
Kije gile ni sume sanggup nak buat, bila ada prize duit banyak. Kalo buat free mesti tak sanggup kan? Gile betut laa...!

Program mencarik cinte...
Ni lagi hampeh! Takkan tak tau yg jodoh tu di tangan Tuhan, takleh memandai nak ubah2, kalo degil jugak, tengok apa jadik kat si Elly tu. Sampai sekarang memegang status dara lagi. Kesian kat dia, tapi apa nak buat? Bodoh sangat, satu demi satu lelaki kene rejek, si Daniel plak yg dapat dia rejek dia plak. Padan muka!

Program Supermodel/ Sape paling cun
AAAARGHHH!!! Menyampah gile aku sampai berkurap badan aku dengan cite camnih! Suma dok lawan tayang sapa punye lagik best. Sume gado sapa paling lawa. Yg tak syok nye, yg bertanding bukannya lawa sangat pon, sume muka control, perangai takleh belah...BOLEH BELAH!!!

Program carik keje, cam the Apprentice
Program macam ni memang aku galakkan, tapi last2 peserta tu plak hangat2 taik ayam tu yang tak syok tu. Bile peserta yang menang dapat keje tu kalo malas nak mampos pun tak guna jugak.

The worst part of the reality TV is, korang mesti meng-SMS-kan peserta feveret korang jangan bagi diorang kuar/fired. Bukannya dapat apa pun undi2 ni, rugi duit je. Bila dah habis show, poket licin habis. Yg pakai bil lagi kesian, bil henfon mahal maut tahap darah tinggi. Yg pakai topup duit asik pokai tiap minggu beli kad reload.

Dah belambak dah cite2 camni kat TV, dah naik bosan aku, apa best sangat pasal cite2 camni? Dah la overrated, perangai langsung takleh belah, pakaian burok cam setan, membazir duit voting lagik tu, sudah2 la tu. Apa gunanye reality TV kat kita sebenarnya? Banyak lagi benda penting yang nak dok sibuk cite camni yg nak disibuk2kan. Ada kene mengena ngan idup atau mati kita? Tu la, nyibuk sangat hal org, hal sendiri tak nak sibuk pulak. Tutup je la program tu, daripada menang tapi tak laku, baik cari keje halal. Dah banyak sangat dah Megi kat stok aku ni, sakit tekak aku asik dok mencekik Megi je (statement ni takde kene mengena ngan mi segera, tapi ni sbg metaphor juara2 reality TV yang dah naik belambak).

Wednesday, June 14, 2006

My “So-Called” Life - Amalina's original writing

I’m looking at this world how messed up it is right now
I’m watching all the people walking, defaced
With all the irrational, the deeds so irritating
I want to get out of here, but I have no choice
This ugly place is where I live, where I’d being brought up
But I can’t wait to leave; I’m waiting for my time
I’m sick of the people behaving to each other
Cheating, depressing and killing one another
I don’t know if I suddenly wind the clock so fast last night, I might
I don’t realize that they change at a speed of light
My life’s quite in danger, everything means me harm
There’s no place that’s save where I can hold an arm
Nothing’s warm right here, it’s all cold and humid
With all people acting so hasty and stupid
Everyone’s rushing; I wonder what they are looking for?
I want to help them but there aren’t as nice as before
Even for a small thing, they quarrel each other
Never talk, never bother, even they are brothers
Even for a small thing, bullets kill themselves
And took away the riches and wealth from their shelves
All the bad things seems good
They will do it if they could, and enjoy it if they would
It seems like it’s not life to me
It costs me too much, nothing is free
All the nightmare that draws me close to suffer
Is a reality, it won’t turn out better
Life is sick, there’s no medicine to cure
Unless going back to what is safe and secure
I’m yearning for a life where everyone behaves
I’m yearning for a life where I can feel safe
All I wanted to have is a happy living
Where everyone keeps forgetting and forgiving
Where the world is a beautiful land full of smiles
Full of golden hearts of caring and loving
A peaceful place where I can be free
Breathe the fresh air, breezing between green trees
Such a beautiful place I always yearn
Too bad it’s only a dream, it’s difficult to earn
I have no power to change the world
I’m just an emotionally weak little girl
With dreams of peace….

Sekadar ingatan, LAIN KALI SMS JGN GUNA AKUM TAU!!!

Ni aku dapat kat website forum gak. Penting ni, lepas ni jangan guna ‘AKUM’ lagik tau!

Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang2 Yahudi untuk orang2 bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam bahasa Ibrani.Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud' HAMBA2 BINATANG DAN ORANG2 SESAT'..Pada zaman dahulu, orang2 Pagan menyembelih binatang untuk bintang yang dianggap tuhan.Orang2 Yahudi menggelarkan binatang itu AKUM sehingga nama itu lekat pula kepada orang2 bukan Yahudi kerana mereka dianggap seperti binatang dalam ajaran mereka.
Adalah lebih baik jika kita menggantikan perkataan akum tu kepada salam = peace dlm bahasa arab..Namun adalah lebih afdal jika kita menggunakan Assalamualaikum w.b.t secara keseluruhan...

Trimas jiwang…

So, when you put AKUM at the beginning of the message, you calling me an animal?! Think about it.

Akademi Fantasia yg Merugikan…

Hai, AF datang balik dah.... tensen aku, dah la tengah2 musim bola, ni depa nak sebok buat AF, diorang tak pikir ke ada orang ke nak tengok AF ni walaupon bola tgh malam, siang ari depa tido? Diorang tak pikir ke ada gak plaja yg pas tu gerenti layan bola punye? Kesian diorang tak dapat layan bola, kan?

AF ni tiap2 tahun ada, sampai nak termuak aku nak tengok, bukannya dapat apa pon, aku rasa lepas abis AF4 ni dah takde lagi Mawi World kot, takbest la camnih!!! Kali ini ada minah tudung lak. Adeeeh, sakit ati aku!!! Skali aku tengok dia tergedik2, lagik laa tak nak tengok!!! Aduh, Salima...! Dah pakai tudung tu elok2 la skit perangai...!!

AF time ni sah tak best, aku pon lagi rela bersengkang mata tengok bola rather than to watch plaja2 AF4 sume nyanyi cam kambing. Takleh blah la diorang nih, apa kelas? Judges dia pon, masa konsert, tiap2 tahun tang orang tuu jugak! Dah laa syok sendiri, komen lebih2, yg tergedik2 dibiarkan plak (korang tau la sapa org tu), eeee...! Hampeh betul! Perangai takleh belah! Pelajar dia lagi takleh belah, ada yang perangai dia sengal, ada yg gedik, ada yg skit2 merajuk, adeehhh.....dah la depan kamera, malu la sket!!!!

Lagi satu, perkara yg paling merugikan yg sume peminat2 AF suke buat iaitu SMS Afundi! Buat apa nak afundi kalo dah takde duit? Ni bengong sangat, perabis banyak maut tapi last2 fave student dia terkeluar sebelum final. Cam tak berbaloi je, membazir betul! Kalo menang dapat duit ke, kete ke okey gak, ni apa dapat? Dapat bil tertunggak adalah. Dapat penbaziran duit topup adalah. Dapat kawan ngan setan adalah. Tah apa2 betul!

Kesimpulannya, apa korang dapat bila tengok AF? Cuba pikir2kan, bodo ke tak main afundi sampai tak ingat dunia? Apa best ke tak suara diorang tu? Mesti sakit telinga mendengarnye kan? Yg pelajar tgh kuar nanges, apasal korang join sekaki nanges? Think about it. There’s no profit of watching this junk. You’ll gain nothing, and you’ll lose even more.

Sesape nak bercouple tu pikir banyak kali ek

Apa pekara yang ber"manfaat" daripada ber'couple';

1) Seronok(dapat fitnah)
2) Seronok (dapat dosa)
3) Seronok (dapat geng dgn syaitan)
4) Dapat luahkan segala masalah (ALLAH kan ada)
5) Banyak habis duit (lebih baik guna utk bersedekah)
6) Banyak risau (takut awek orang lain kebas .. berapa kali dah miss sembahyang pasal dok asyik berdating tak risau)
7) Banyak termenung dan senyum sendiri (pasal ingat peristiwa riang dgn awek .. kita sebagai muslim patutnya banyak mengingatkan MATI yg boleh datang bila-bila masa)
8) Lebih mengutamakan awek drp orang lain (hidup dlm dunia sendiri .. dia dan awek dia .. lain dah tak kisah)
9) Menepati masa dan janji (takut awek marah/sakit hati .. sembahyang fardu lewat tak takut pulak)
10) Lain2 lagi yang memberikan faedah dlm menambah saham DOSA drp saham PAHALA

Petikan dari YahooGroup - Islam Cara Hidup Ku

aku dapat nih kat website forum, aku copy dan save dlm word. Korang kalo nak berkapel pkir kan kat atas ni. Sesungguhnya berkapel mendatangkan dosa. Tapi ramai org yg suke buat. Ngape yek? Ape best sangat kapel tu? Takat nak berdua2an bawah pokok, pastu buat pojek cam buang karan je keje. Ye la, pasal cinte bagai nak rak sampai tak ingat dunia. Mak suroh balik pon buat dek je. Apasal hah? Hah? Hah? Kalo ajak makan ke, main futsal ke, takpe la gak. Ni apa best dok bawah pokok, raba sana, raba sini? Tak pasal2 dapat anak haram. Buat apa? Dapat apa? Dosa adalah. Masuk neraka adalah. Hish, budak2 skarang ni, tu la keje diorang, dunia akhir zaman. Dosa sendiri, sendiri mau ingat laa...!!!

Wahahahahahaaa! dah lama dah aku tak bukak blog aku ni! dah berdebu agaknye ye

Cipan, welkam back!

akhirnya bukak la jugak blog berabuk nih!

Dah berbulan2 dah agaknye, mungkin tuan dia pindah, or malas nak update ataupon dok sebok layan kije studio?

alhamdulillah, aku dpt gak bukak nih, username hampir lupe, so kene change pasword laa.

hahahaha! Simpan stok tulisan meraban kat sini lagi!!