Monday, August 28, 2006

Merdeka????


Tang nak mai 31 ogos ni mesti dah ramai dok sebok gi gantong bendera. Ada yang satu rumah penuh ngan Jalur Gemilang. Bagus la macam ni, ada gak semangat patriotisme kat rakyat kita. Tapi, kalo kita dah merdeka, betul ke kita dah merdeka?

Cuba tengok kat KL, depa tu sume ada tak cam ikut cara penjajah? Pakai bukak sana sini, Mat Rempit, Bohsia, Homosexual, tunggang arak...budaya kita ke tu? Ntah, aku pon tak paham diorang ni. Sebut2 aje merdeka, tapi perangai mengalahkan orang putih. Apa erti merdeka pada diorang sebenarnya, hah? Merdeka daripada adat2 Melayu yang "mengkongkong" kebebasan jiwa muda? Merdeka daripada undang2 Islam yang ketat? Merdeka yang menjamin keseronokan nafsu semata2?
Ntah la, mungkin ni kot yang diorang nak. Inilah konsep merdeka mereka.

Tapi, kalo ini berterusan, apa gunanya perjuangan nenek-moyang kita membebaskan tanah tumpah darah daripada diambil sepenuhnya oleh penjajah? Apa gunanya perjuangan kita daripada dijadikan hamba di negara sendiri? (Cheyy, ayat patriotik siot!)
Hakikatnya kita masih lagi dijajah. Kenapa merdeka kalau minda dan jiwa dijajah? Oleh pemikiran Barat pulak tu? Sedih la macam ni. Patut la aku tak bersemangat menyambut 31 Ogos ni. Buat penat je pasang bendera. Buat penat je sambut countdown merdeka. Lagipun diorang malam merdeka apa keje? Merempit, Buat Maksiat, Minum arak, Black Metal. Berbaloikah kita menyambut merdeka bersama mereka sedemikian rupa? Think about it.

No comments: