Wednesday, October 18, 2006

Raya dah nak dekat....!!!!!

Dah nak masuk seminggu dah sebelum raya. Skang ni tengah internal portfolio. Besok lak external. Pastu balik!!!!

Tak sabar betul nak tunggu raya, dah nak dekat dah ni, mesti balik-balik je dah mula anyam ketupat, masak rendang, kemas umah, bla bla bla bla banyak gile keje nak kene buat selepas penat berhempas pulas buat keje studio.Tapi best jugak la kan sebab nanti ada feeling nak raya. Tak sabar lak nak tunggu lagu takbir berkumandang masa last2 skali nak posa. Esoknye pulak mandi raya, mintak maap kat mama ngan papa....(terasa feeling sad pulak pasal kite kan banyak buat salah kat mak bapak kite....).

Tak sabar la pulak nak merasa rendang, ketupat, lemang, kuih raya, dan macam2 lagi, pastu lak dapat duit raya! Ye la, duit PTPTN skiet je dapat, duit tambahan, dapat kat duit raya la. Duit raya ni buat saving untuk barang2 keje pulak. Hehehehe.... takde la asik mengharapkan duit gomen je kan? Gomen tu pun kedekut gak!

Tapi satu je yang kali ni punye raya tak macam raya2 yang lepas, family aku tak balik kampung! Waaaa! Talak best la camni! Tapi at least balik gak la 'kampung' aku! Dah sekian lama tak balik pasal projek membukit nih...! Masa free balik la kampung!!!

No comments: