Tuesday, September 26, 2006

Ahlan wa Sahlan ya Ramadan al Mubarak!


Hehehe....Ramadan datang lagik. Bulan keberkatan... kaf ba ro kaf ta alip nun (ikut mak Adip dalam cite Dunie Baru tu). Bulan yang penuh keimanan dan ketaqwaan. Bulan yang penuh.... penuh apa lagi yek.... ha, nak bubur lambok! Nak murtabak! Nak....nak.....alamak rambang mata la pulak nak pilih apa untuk bukak pose nih! Jangan membazir lak sudah la.

Cakap pasal bulan pose ni, bukan takat makan minum je kene tahan siang ari, kita pun takleh nak ngumpat, isap rokok, dengar benda tak elok, benda cabul, tengok ehem2 dan banyakkan tido. Tapi kena la rajin baca Quran, buat tahajjud, terawih, qiamullail, sedekah, dan macam2 ibadat lain yang boleh kite buat.

Bulan pose ni memang la lapar, dahaga dan penat, tapi ada gak fadhilat2 die. Ada skali aku dengar, ibadat yg dikerjakan dalam bulan pose pahalanye berganda2 berbanding bulan2 lain. Ha, tu la yg semorang dok sebok nak penuhkan masjid, bagus, bagus.

Dah la, aku pon dah blur nak tulis apa lagik, lagipun bulan pose ni tak digalakkan buat keje sesia camni, cuma cakap takde isi. Wa chow dulu! Peace!!

No comments: